Pages

Thursday, April 7, 2011

Renungan Bersama...

"Barang siapa yang akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, & dunia akan datang kepadanya dlm keadaan patuh & hina. Tetapi siapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, & dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekedar apa yang telah ditetapkan baginya".
{Hadits Riwayat Tirmidzi)

Tuesday, March 22, 2011

20 Amalan Untuk Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termvasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat banyak kebajikan
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’am.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Friday, July 16, 2010

can't stop thinking.....

sakitnya paleku ini..can't stop thinking la..byk nye benda yg aku pk ni..if ada button stop or pause da lama aku just touch that button.hari ni meeting kt situ lg..after this akan jumpa muka u lagi...aduh!!! twice a week..one month da 8 kali.let say 2 month so 16 kali la i akan jumpa u..huhu..can't accept this...uwaaaaaaa.feel uncomfortable..bad aura..but nak xnk kena jumpa gak..br 3 kali meeting tp hari ni pale ku da start berdenyut2..need to think the solution for that issues..aku mjangkakan yg akan ada problem after this..kan bagus kalau ada button stop,pause or solution..so tak perlu susah2 utk aku berfikir..penat seh..

skrg ni aku tgh fikir apa aktiviti yg aku perlu buat for this week..kena fikir lg..bosan giler la kalau takde aktiviti langsung nak buat..arggggggg!!!boleh sakit jiwa beb..huhu..mcm nk travel je sbb da lama rasanya aku tak keluar dari kl ni..okla aku nk sambung berfikir balik..

Saturday, July 10, 2010

kerja...kerja..kerja..

hopefully ak tak sakit because in 2 week starting from tomorrow, ak sgt bz..ye la nk kena involve byk benda dlm satu masa..need to finish up mycurrent project in hulu selangor for degis, compile project report for all district and need to prepare for SPP workshop 19 n 20hb.my part time job pun xsiap2 lg.do know how to solve that problem.i'm still looking the solution right now.

"saya sgt suka dengan kerja saya"..hehe.need to be positive ok and smile always..

Monday, March 29, 2010

Gunung Jerai..

Gunung jerai...asyik teringat gunung jerai je...punyela ade byk gunung kt malaysia ni..knapa hati aku rasa cam nk g gunung jerai tu..tibe2 hati ni tergerak utk ke sana..adakah itu gunung yang sama dlm mimpi aku? dgn permandangannya yg sgt cantik,membuatkan aku ingin ke sana.ke atas puncak gunung jerai. mungkinkah cantik itu hanya di mimpi bukan di dunia hakiki.yg pasti aku ke sana dgn satu misi. satu misi yg sukar utk dipercayai dgn mata kasar...huhu.nantikan kedatanganku wahai si gunung jerai.

Saturday, March 27, 2010

sometimes

During this week, i need to study for the system development proposal..n then i've a JPJ driving test on monday at 2 p.m..besides,i need to finalise EIS for RTD Batang Padang..that one was my partime job that i've done since 2 years ago until now..at the same time i also need to commit with my current job..as a TA and also report editor.huhu..sometimes system analyst..ermmm..i don't know how to describe my feeling right now either i'm happy or not with my life..but i realize that what i'm doing now is not a main part of my mission.i don't know what i want to be..sometimes,i don't know who i am. sometimes i feel happy, sad,lonely. all that feeling was appear and disappear with or without a reason. many 'sometimes' in mylife dictionary lor..

Monday, March 1, 2010

Botani Walk & Hunt 2010

Satu program environmental activity telah diadakan pada 27 feb 2010 iaitu Botani Walk & Hunt 2010. Program ini bertempat di Taman Botani, Putrajaya dan melibatkan penyertaan Sebanyak 60 kumpulan.Salah satu kumpulan adalah team aku..hehe.team aku diberi nama team vanilla planifolia iaitu nama saintifik bagi vanilla..Aku pun xde idea da nk bagi nama team pe...hehe..kami perlu menyelesaikan 15 soalan berdasarkan pembayang yang diberi selama 1 jam 40 minit. Soalan confirmla relate ngn tumbuhan kt dlm tu..setiap jawapan perlulah dinyatakan nama saintifik tumbuhan, nama tempatan ataupun nama keluarga. walaupun team aku xmenang tp seronok sbb aku xpernah join aktiviti yang macam ni..mmg mencabar minda dan fizikal..tahun depan kalau ada lagi aktiviti yang cmni ak nk join lg..hehe..Sape2 yang berminat nk join aktiviti yang mcm ni lehla join Botani Explorace yang akan diadakan pada 24 julai 2010..untuk maklumat lebih lanjut bolehla melayari website www.ppj.gov.my..meh aku cerita serba sedikit mengenai Taman Botani ni..Taman Botani ini dibangunkan di atas tanah pertanian yang berkeluasan 230 ekar (93 hektar)di mana taman ini terletak di tengah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, putrajaya.Taman ini mempunyai kira-kira 700 spesies tumbuhan yang berasal dari 90 buah negara. Di antaranya adalah koleksi taman amerika tropika, koleksi taman afrika,koleksi tanaman asia pasifik,koleksi pokok-pokok palma dan banyak lagi..berminat nk tau psl tumbuhan kt taman ni kenala pergi sendiri..huhu..